Muka Surat Hidupku

Aleeya Qaisarah Sophea

Top Comment :

21 Oktober 2010

Aku Wanita dan Rahsia

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia membawa kita ke jalanAllah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
                              membaca itu sumber hikmah, 
                                            menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana
takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAs UNTUK
MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI
TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN
TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI
PERASAAN DAN KASIH SAYANG

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn
baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal
leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails