Muka Surat Hidupku

Aleeya Qaisarah Sophea

Top Comment :

29 Disember 2010

Rintihanku



Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadanag-kadang kita di bawah. Aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang teramat baik. Aku rasa dia lah insan yang paling terbaik penah aku jumpa. Nak tahu kenapa? Sebab dia jujur, dia ikhlas, dia tulus dan amat bertanggungjawab. Macam mana aku tahu? Sebab dia Selalu dan sentiasa disampingku. Dan aku pernah berkawan/bercinta dan bertunang dengan dia. Namanya Ashraf /wan . Seorang lelaki yang pernah mendiami hati aku. Lelaki yang mulia bagi aku. Lelaki yang tiada tandingan dengan lelaki-lelaki lain. Oh, sungguh aku bertuah kerana aku dan dia adalah pasangan kekasih setelah berpisah dengan shahril.


Kami menjalinkan hubungan sebagai pasangan yang paling romantik dan bahagia. Itulah yang kawan-kawan kami sering perkatakan. Kami ibarat isi dan kuku, ibarat kumbang dan bunganya. Yang tidak boleh berpisah dan berenggang. Empat tahun hubungan kami terjalin. Empat tahun mungkin angka yang sedikit. Tapi dalam empat tahun itu terdapat beribu-ribu kenangan yang tidak mampu luput dari ingatan. Mana mungkin kasih sayang setulus itu dapat dilupakan. Apatah lagi itulah kali pertama aku benar-benar rasa cinta sebenar apatah lagi aku ni tak rapat dengan keluarga...bila dia hadir dalam hidupku aku terasa bersyukur sagt.....tersangat bersyukur sagt....terima kasih ya allah.

Kenapa ya hubungan itu hanya berhasil selama empat tahun sahaja? Ini semua gara-gara perasaan tidak bersyukur. Perasaan yang memberontak untuk bebas dari komitmen. Perasaan yang tidak boleh terkawal. Perasaan yang inginkan kasih sayang yang melimpah-ruah akibat tidak memilikinya sejak kecil. Dan perasaan itu sendiri datang dari aku sendiri. Aku terlalu bodoh dan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Aku telah khianati cintanya tapi dengan nama allah tak pernah terlintas didalam hatiku untuk aku melakukan nya begitu..mengapa aku yang terpilih untuk mengikuti dugaan ini.setelah kami ditunangkan..akulah yang bnyk berubanh...aku tak mintak...aku tak tahu knp aku berubh terlalu mendadak...tapi aku percaya inilah dikatakn dugaan bertuang.jika slah seorang dpnya tewas dan memutuskannya...ini bermakna kamu masih belum bertahan kearah rumh tangga dan gelora rumah tangga.setiap salah seorang dpnya pasti akn menimbulkan masaalah kerana itulah dugaan.. Mungkin aku bosan dengan hubungan kami yang ketika itu sering sahaja dingin. Lalu, aku mencari langkah untuk menghilangkan rasa dingin itu dengan menjalinkan hubungan dengan kawan-kawan lain.kawan-kawna lamaku..tpi aku tak pernah merasa bosan seperti mana dia fikir..aku tak tahu apakah ini suratan untukku.aku kecewa....mengapa ini takdirku...... Ya, semestinya kalian mengatakan aku perempuan yang tidak kenang di untung. Perempuan yang entah macam-macam lagi. Yang buruk-buruklah kiranya. Tapi, aku akur memang itulah kesalahan paling besar pernah aku buat sepanjang hayat aku. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat silap. Meninggalkan Ashraf/wan yang begitu setia, begitu sabar dengan setiap kerenah aku selama ini. Aku tahu, tidak ada lelaki lain yang mampu tahan dengan perangai dan kerenah aku. Hanya Ashraf/wan, lelaki itu sahaja. Lelaki yang paling perfect! Beruntunglah kalian jika memilikinya. Dan aku akan cemburu terhadap insan yang berjaya mendampingi hidupnya.

Tapi aku akan berusaha. Kerana Ashraf/wan telah berpesan kepada aku untuk hidup baik-baik setelah dia melepaskan aku dari lingkaran hidupnya. Sungguh pun aku telah mengecewakan dia , tapi dia tetap melayan aku dengan baik sekali. dia terpaksa menamatkan hubungan kami kerana aku tidak sanggup sakiti hatinya lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Biarlah dia bebas dengan hidup barunya. Untuk didampingi dengan orang yang layak menerima cinta sucinya itu. Aku berdoa agar dia bahagia bertemu cintanya. Dalam diam aku sering berdoa sekiranya peluang itu masih ada di hadapanku. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Tapi, jika benar cinta itu ikhlas dan suci, berbekalkan restu daripada yang Maha mencintai. Aku yakin, peluang itu akan sentiasa berada di hadapan dan menanti aku untuk mengorakkan langkah aku.

Kini, aku menjalankan hidup aku seperti biasa. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa telan dengan pahit memori-memori lalu. Untuk apa aku coretkan kisah ini? Kerana ianya sebagai pengajaran kepada kalian yang sedang bercinta. Dalam sebuah perhubungan perlulah ada rasa tanggungjawab, setia, jujur, amanah dan ikhlas. Sekiranya terdapat perselisihan, segeralah berbincang. Dan janganlah menyesal seperti mana telah aku alaminya. Peluang itu datang sekali, dan rebutlah ia. Nikmatinya dengan sungguh-sungguh. Setiap perbuatan baik, Tuhan akan balas dengan baik. Dan setiap perbuatan buruk itu Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal. Sungguh aku menyesal dengan tindakan dan perbuatan aku. Sejujurnya aku mengharap cintanya dan merindui bait-bait cinta antara kami. Untuk kalian, “Selamat menjalani hidup ini”.


Cuma kukesali..:

# Ketika dia dibawah akulah sentiasa disisinya....
#ketika dia 0 akulah pelengkapnya..
#ketika dia sunyi akulah pengubatnya...

hanya kerana sepatah perkataan DUGAAN pertunangan dia mengnyingkirkan aku dp hidupnya...dengarlah rintihan hatiku...sekarang kau kegembiraan kerana kau diatas dan sedang mengecapi impian kau untuk bergelar pegawai polis..tapi sekiranya engkau didalam dilema dan diuji sepertiku..janganlah dikau lupa setiap manusia tak lepas daripada melakukan kesilapan..kini bahagianku sudah lepas untuk aku menempuhinya.....pabila bahagianmu tiba..ucapkanlh alhamdulillah dan tabahlah menghadapi setiap dugaanya.....


pesananku dalam bertunang:

jika dia kau telah berusaha untuk memilikinya dan berusaha bertahan memilikinya....bertahanlah dan tutuplah setiap kesalahan dengan kebaikan yang telah dia lakukan bersama kamu....kerana sebagai manusia dan sebagai hambanya kita tak berhak dan menghukum.percayalah setiap kesedihan dan kesabaran yang tinggi akan dikurniakan keadaan dan ganjaran kebahagiaan yang berlipat ganda dpnya kelak........jika kamu berfikir dia adalah yang terbaik untukmu jgnlah kamu lepaskan dia ketangn org lain.kerna belum tntu dia akan bahagia tnpamu dan kamu jua begitu......peliharalah sesuatu yang kamu yakin ia adalah milikmu.....


Take Note:
Sila Comment jika ada antara Posting Aleeyaa salah atau mana-mana yang buat/rasa korang ianya tak betol atau mengarut..TERIMA KASIH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, setiap dugaan akan membuat kita menjadi lebih dewasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails