Muka Surat Hidupku

Aleeya Qaisarah Sophea

Top Comment :

26 Disember 2010

Cinta Terakhirku




Telah berulang kali aku nyatakan niat di hati untuk membalut luka hati mu namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku. Haruskah engkau terus menghukum pencinta mu hanya kerana.........

Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi sejarah. Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan hakiki. Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu. Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Aku berjanji sayang tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.


Sayang jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya. Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati, kita biarkan kegagalan itu datang lagi.


Sayang… cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi. Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah. Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu tapi biarkanlah aku menjadi cinta terakhir mu…

abang dan bb adalah satu nama yg kekal di hti ni..... awak tipu jika awak katakan awak tak sayang saya...awak tipu...sy nmpk dimata awak.......awak...........tipu....!!!

Take Note:

Sila Comment jika ada antara Posting Aleeyaa salah atau mana-mana yang buat/rasa korang ianya tak betol atau mengarut..TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails